Salah satu kelebihan kelebihan bagi baja MPOB F3 adalah kandungan Zeolite yang terkandung dalam formulasinya. Baja ini mempunyai formula 10 : 7 : 19 : 1.5Mg : 0.5B : 17Zeolite.
Para pekebun mungkin mempunyai masalah berikut dan baja ini dicadangkan demi mengatasi masalah tersebut.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PEKEBUN.

MASALAH BAJA
-Baja yang ditabur tidak dapat diserap sepenuhnya oleh pokok.
-Kurang pengunaan baja mengikut kadar keperluan kelapa sawit.
- Penggunaan baja tidak efektif akibat dari jenis tanah yang masam.

· MASALAH TANAH
Tanah berasid, Tanah kering dan Tanah berpasir
Aktiviti pembajaan dan meracun tidak terkawal akan mengakibatkan tanah berasid
dan ini sekaligus tanah tidak efektif untuk aktiviti penanaman sawit.
Tanah berpasir pula kurang berupaya memegang unsur nutrisi.

· MASALAH AIR
Saliran pengairan tidak memadai.
Sumber air masam (berasid).
Bekalan air tidak mencukupi.

Air jenis liat (hard water), tidak mudah diserap 
oleh tumbuhan.

Berikut adalah kelebihan dan fungsi zeolite.

PENYELESAIAN DENGAN MENGGUNAKAN ZEOLITE


Struktur molekul ZEOLITE yang berbentuk “honey comb” ADALAH BERONGGA yang dapat MENYELESAIKAN masalah baja, tanah dan air.
Molekul-molekul zeolite berperanan seperti “span” yang MENYERAP baja, udara dan air dan MENGHALANG baja-baja ini dari dibawa aliran air dan meninggikan indeks kelembapan.
Molekul ZEOLITE mudah bergabung dengan molekul tanah dan melekat di akar tumbuhan, faktor-faktor ini akan menyebabkan baja sentiasa dibekalkan kepada tumbuhan.ZEOLITE berupaya mengekalkan pH tanah kepada pH neutral dan membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).
ZEOLITE mempunyai CEC yang tinggi dan membekalkan baja secara berterusan.


Comments

Popular posts from this blog